Pengalaman Kali Pertama Membawa Jemaah Ummrah.


Tada!!! itu aq.. hahahaha baru balik dari jeddah.. tepat pukul 10.36 minit malam 22 februari aq mendarat di landasan lcct kuala lumpur... ibu negara tanah air tercinta.. alahamdulillah... rindu dengan bumi malaysia dan  rindu dengan kesantunan orang malaysia nihh :). huhuhu kalau ikutkan rancangan.. niat dihati ingin terus kekal.. dibumi BARAKAH.. namun ..  diri ini masih ada tanggungjawab yg perlu dilaksanakan sebagai seorang anak ,abang, adik, sahabat, dan juga musuh.. hehehehe so... aq tak boleh lagi meninggalkan malaysia. Akan datang insyaALLAH.. hehehehe teringin unutk melanjutkan pelajaran kesana... 

AlhamdulilLAH...  bermulanya perjalanan aq dari lcct ni ialah pada tarikh 10 february 2014... dan on the spot.. aq dah daapat "sound" pertama daripada anak jemaah.. huhuhu  hhmm maklumlahh darah muda..  mungkin ada jawapan aq yang dirasakan cukup berlemah lembut ini  telah mencubit hati beliau.. tetapi tidak mengapalah.. di pengakhiran cerita.. ibubapa dia kata kat aq... deme sayang aq sangat2... dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga... 

kalau hendak diceritakan tentang drama cari mencari.. hilang menghilang nihh.. memang sampai esok tak habis.. sebermula dari lcct pun dah mula hilang dahh hahahahhaa memang cukup2 dramatik.. namun semua itu memberi banyak ilmu2 baru kepada diri yang hina ini.. merasa jugak lahh berusha mencari.. sampai satu kota meqah ni aq pusing... dari ajyad road... sampai ke.. kawasan yang aq sendiri tak pernah sampai... :P yang agak menggelikan hati tuh... semasa mencari org.. dan lagi bershoping.. huhuhu namun alhamdulillah,... akhirnya jemaah tersebut ditemui oleh seorang sahabat mutawif lain... :)

sekiranya ditanya apakah saat2 yang paling tidak mampu dilupakan ialah.. saat diri ini menziarahi tempat bersemadinya ummul mukminin siti khadijah R.A. di tanah perkuburan Maa'la... ini kerana.. sesampai sahaja diri ini menghampiri pagar yang memisahkan kami.. aq terbau suatu haruman yang cukup.... wangi+main+menenangkan... sesuatu yang tak mampu untuk diungkapkan dalam kata2.. ia perlu dialami sendir... dan bukan semua yang mendapat peluang.. :) alhamdulilLAH...



sekiranya ditanya.. apakah moment yang sangat2 diri ini terkejut dan gugup untuk menghadapi ialah.. saat sepasang suami isteri berjumpa dengan ku dan berhasrat untuk menjadikan diri ini menantu.. erkkk.. huhuhu :) truss terdiam kamii.. :)

secara kasarnya.. alhamdulillLAH.. hati ini sangat2 gembira apabila diri ini berjaya melaksana kan impian arwah ibunda yang tercinta untuk melihat aq menjadi seorang mutawif... meskipun beliau hanya mampu melihat dan merasa... dari suatu tempat yang amat dekat...

dan segala puji kepada ALLAH juga.. kerana... semua jemaah aq menyatakan mereka berpuas hati dengan layanan  yang aq berikan.... huhuhu hhmm semua jemaah2 nihh aq anggap macam ibu dan ayah aq juga... dan aq memberi khidmat sebaik mana yang mungkin.. :) mudah mudahan mereka meredhai segala yang telah aq usahakan untuk membantu mereka...

dan dibawah ini  ada sedikit cebisan memori.. yang manis  yang ingin aq kongsikan bersama-sama sahabat.....
d
gambar ini diambil ketika sa'ie terakhir bersama jemaah.. :) aq bawak jemaah2 yang uzur.. je..

masjidul haram didalam pembinaan.. 3 kali umrah 3 kali oden naik tawaf kat tempat orang kerusi roda.. heheheh
pemandangan dari pintu no 1 selepas isyak..

yang ini selepas subuh.. :)

pengalaman brother2 nihh p shoping.. huhuhu pengsan oo tengok deme nihh syoping2 huhuuhu 1000 singgapore habes macam tuhh je... :P

deme tawar menawar meme best.. hahahhaha

inilah nasib mutawif.. kadang2 makanan dah habis.. terpakse cari makan luar.. huhuhu 
(padahal memang cari peluang nak test makanan tempatan huhuhu :P)


inilah tile yang digunakan untuk masjidil harram.. hhmmm tebal nii nak!!! n high qualities... patut pon tak panas kawe pijak time zohor.. :)

ini adalah bas pekerja kontrak.. :) hehehe bukan senang nak dapat gambar nihh pukul 7 pagi je ade lalu tauu

pape pon meme tabik spring kat brother2 nihh cukup sabar menghadapi dugaan dari ALLAH.. deme tido dekat lobi 2 hari ooo!!!

makcik inilah yang hilang dekat lcct.. :P huhuhu haji tuh terlupa isterinya.. sbb terleka berbual dngan mutawif yang lain... :) cobaan...

saat ingin berangkat ke meqah..-lobi hotel di madinah


suasana highway dari madinah ke meqah..

tak ingat pula kenape oden amik gambar nihh :P

selepas subuh di madinah..



gambar dibawah adalah sekitar taklimat ringkas untuk bergerak ke meqah...




abg hensem nihh datang seorang.. seorang pencinta setia.. peneman hidupnya sudah dijemput ilahi... namun masih kekal "bersamanya"


gambar nihh aq amik sebab ade seorang sahabat yang bernama kudu.. :)

motor polis saudi.. huhuhu cumel!! siap sejadah lagi seat die huhuhu

muka gabra semasa dalam flight dari malaysia.. huhuhu
pemandangan dari luar terminal hajj jeddah.. dua jemaah aq hilang oo kat sini.. menangis nak cari... bukan kecik tempat nihh :)



sekian coretan dari insan hina.. :)

Share this:

CONVERSATION

0 comments: