Pesanan Kasih Sayang (><)





assalamualaikum warahmatullah w.b.t., disini diri ini ingin menyatakan suatu nasihat yang ditujukan kepada diri sendiri, keluarga, saudara-mara, sahabat handai, dan juga kepada semua umat islam diatas muka bumi ini yang dapat memahami bahasa yang diri ini pertuturkan...

wahai saudara2 ku.. dinihari ini.. pantas sahaja aku melihat insan2 bertelagah sesama saudara dan ia digembar gemburkan di khalayak ramai... wahai saudara2 ku... apakah tujuan dan niat anda membuat tindakan ini?

puaskah? ringankah hati anda? selesaikah masaalah yang dihadapi?? tidak!!! bahkan ia memburukan lagi keadaan... wahai sahabat, teman, saudara... apakah dengan menjatuhkan air muka sesama kita akan membantu kita untuk menjadi lebih kehadapan??? tentunya tidak...!!! ini kerana.. kita hanyalah sedang dipermainkan oleh nafsu amarah kita.. dan diapi-apikan lagi oleh syaitan laknatulLAH..

ingat lah wahai sahabat, teman, dan saudara... ALLAH s.w.t. telah bersabda....


 "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"...
(surah al-hujurat; ayat 10)

maka sekiranya kita mempunyai perselisihan... wajarlah didamaikan dengan cara yang elok.. mudah mudahan kita mendapat rahmat.... adukanlah kepada YANG MAHA ESA... kerna dia sebaik2 pendengar,... jangan di adukan ke pakcik facebook atau makcik twiter ... kerana ia hanyalah tmpat para musuh ALLAH melalaikan kita... dan ia juga menyebabkan.. keutuhan KELUARGA BESAR(ISLAM) kita makin goyah.. kembalilah kepada yang hak... dan tinggalkanlah yang batil.....



sesungguhnya diri ini sangat2 lah hina.. apatah lagi untuk diangkat sebagai sufi... namun penulisan diri ini disini bukan untuk berlagak alim.. namun diri ini hanya ingin melaksanakan tanggung jawab diri ini untuk menegur..  kerana sabda kekasih kita S.A.W.....

"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
Hadis sahih riwayat Muslim

maka diri ini terpanggil untuk sama2 memperingati hakikat tujuan hidup kita diatas muka bumi ini... bukan lah hanya untuk mencari sesuap nasi.. atau mencari sesuatu yang dipanggil kejayaan semata2.. namun berdirinya kita diatas muka bumi ini adalah untuk menjadi hamba NYA  yang maha berkuasa..

Allah S.W.T berfirman: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepada-Ku. (QS. adz-Dzariyat: 56). 

sekian.. tinta sang hina...


Share this:

CONVERSATION

0 comments: