iLmU iTu cAhAyA


Sebuah teratak tumpuan dunia,
Menjadi tempat mengumpul cahaya,
Tumpuan manusia yang dahaga,
Walau payah dirasa namun indah hakikatnya,

Sudah lumrah pencari cahaya,
Perlu mengharungi pelbagai derita,
Agar mendapat apa yang dicita,
Kekal bersinar bagai dipinta,

Berabad lamanya menetap disana,
Pulang membawa mutiara berharga,
Mengharum nama keluarga,
Menyebar syiar seantero dunia,

Emas & perak boleh diusaha,
Namun akhirnya menjadi tanah semula,

Ilmu & pengalaman perlu digali,
Kerna ia kekal berguna sampai mati,

Sahabat berjihad menghunus senjata,
Tombak & perisai menjadi perantara,

Andai berkawan tidak mengena cara,
Dikhuatiri memakan masa,

Ilmu itu ibarat cahaya,
Diguna untuk menyinari kegelapan,
Andai disimpan tiada gunanya,
Pancarkan Ia limpahkan cahaya,

Menerangi dunia
Membentuk ummah sejahtera




Share this:

CONVERSATION

2 comments:

Anonymous said...

minat bekarya eh?? teruskan usaha ^_^

Unknown said...

yup3... huhu^_^ insyaALLAH... tq yewk sbb sudie folow saya... salam ukwah..