hakikat hidup didunia

hidup ini penuh pancaroba,
ujian mendatang tak kira masa,
ada yang sederhana,
ada yang tak terduga,

hidup ini bagaikan roda,
berpusing pusing mengikut kitarannya,
tanda kuasa yang maha esa,
sungguh adil penciptaanya,

iman dan tabah perlu ada,
untuk berjaya menjadi muslimin berjaya,
ingatlah dunia ini bukan segalanya,
akhirat sana kekal selamanya,

ujian dan dugaan penuh pancaroba.
namun tuhan maha bijaksana,
memberi kepada yang mampu sahaja,
untuk melihat iman makhluknya,

jangan dipersia hidup didunia,
tempat menanam segala usaha,
menjadi berkalan untuk disana,
menuai kita diakhirat sana.






Share this:

CONVERSATION

0 comments: