Waktu Yang Kian Terhakis..

helaan nafas berlalu pergi..

menghitung hari yang kian sepi..
telah mengajarku erti hidup yang hakiki

menghadapi hari yang penuh onak duri,
pelbagai liku telah ku hadapi,
manis ku simpan dihati..
pahit ku jadikan pagar berduri..

hitam putih menjadi pertukaran..
menjadi gambaran waktu ku kian terhakis..
agar sedar diri yang acap kali terleka..
tangkas membawa ruh mendampingi sang pencipta..
berusaha mensuci ruh dari noda
noda yang tercipta bersama penghasut yang dilaknat!

acap kali taubat dilafaz
namun diri kerap terlupa..
mengulangi tinta yang serupa..

semoga sang khalik sudi menerima..
agar diriku sentiasa dibawah naungannya..
tanpa jemu memohon keampunanNYA..



Share this:

CONVERSATION