Cinta, Musibah & Sepi....

Sepi itu satu teman…
Bila kala musibah itu menjenguk badan…
Letaknya didalam nurani…
Sepi kadang-kalamenjadi lawan…
Tatkala cinta datang merawan…
Cinta,musibah,sepi,
Kadang kala ditafsirkan,
Kadang kala disimpan,
Kadang kala dihebahkan,

Cinta…
Wataknya perawan,
Mengganggu sepi di panduk hati,
Sehelai warkah menjadi saksi,
Ketumbuhan cinta dihati ini…
Alisnya menggangu hati…
Santun pekertinya menarik hati…
Mudah berseri diladang nurani…

Musibah…
Tatkala 3 hati bertembung…
Tatkala 3 nurani berkelahi…
Tatkala 3 akal berbeza pandangan…
Tika itulah musibah menjelma…
Menguji setiap yang ada mengikut kadar yang tertentu…
Berdikit-dikit menunggu ruang,
Mengganti cinta di ladang nurani…
Tatkala si “dia”
                          Menunggu tuk menjadi pengganti…      

Sepi…
Kini kembalilah dia kepanduk hati…
Mengambil tempat yang abadi…
Yang dahulunya menjadi saksi,
Ketumbukkan cinta yang suci…
Diranap kesangsian seorang pengganti…
Tuk menjadi teman yang hakiki…

Pancaran hati,
Bersama sepi kumemencil diri…
Mencari makna kehadirannya semula di panduk hati…

Kecewakah dia selepas ku mengejar cinta?

Zalimnya dia kepada hatinya mengambilku semula,

Selepas ditindas cinta dipanduk hati…

mUsibah
Kau datang menghalau cinta…
Kau pergi mengundang sepi kembali…

sEpi
Engkaulah yang hakiki…
Kekal bersemi disisi…
Jatuh ku, bangun ku,
Sakit ku, sihat ku,
Kau sentiasa disisi…

cInta
Sekian lama ku mencari…
Selepas dirimu pergi dengan penuh sangsi…
Sampai ku berdiam di sisi sepi…
Hatta terpancar “pancaran hati”


Sebenarnya “sepi” adalah cintaku yang azali…

Share this: